“Maafkan Adik Bang, Adik Tak Sangka Terbunuh Abang” – Abang maut bergaduh dengan adik…

KUALA KANGSAR 30 Okt. – Seorang lelaki berusia 42 tahun terbunuh selepas bergaduh dengan adik lelakinya di rumah mereka di Jalan Permai 2, Padang Rengas di sini semalam.Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, pergaduhan pada pukul 9.30 malam itu bermula apabila mangsa yang balik ke rumah dalam keadaan mabuk telah membuat bising sementara adiknya yang berusia 39 tahun sedang makan malam.Katanya, berlaku pertengkaran antara dua beradik itu sebelum lelaki tersebut menampar adiknya yang sedang makan sehingga menyebabkan pinggan kaca yang digunakan pecah.

“Adiknya kemudian membaling pinggan ke arah abangnya dan terkena leher menyebabkan luka dan pendarahan yang banyak. Pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

“Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat dan permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan hari ini bagi membolehkan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. –

Bergaduh adalah aktiviti harian dalam diari kehidupan seorang kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik. Sama ada sebagai adik, abang ataupun kakak, pergaduhan memang sukar dielakkan apatah lagi jika ada yang sedikit ‘keras kepala’.Ibu bapa mula berasa tertekan sekiranya pergaduhan itu berlaku hanya disebabkan perkara kecil seperti berebut tempat duduk atau rancangan televisyen yang ingin ditonton.

Walaupun dinasihat, dimarah dan dihukum, pertelingkahan ini tetap berlaku dan kadangkala dua hingga tiga kali sehari. Ada saja perkara yang boleh menjadi ‘bahan gaduh’ dan membuatkan si kecil merajuk panjang.Apa yang membezakan adalah jenis atau bentuk pergaduhan mereka. Ada yang sekadar bergaduh manja dan berbaik semula dalam beberapa minit namun ada juga yang bergaduh secara ekstrem sehingga saling memukul, menolak dan bertumbuk.Menurut Perunding Kanan (Pendidikan & Keibubapaan) Ikhwah Training & Resources Nur Firdaus Abdul Razak, istilah berkelahi lebih sesuai digunakan berbanding bergaduh kerana mereka hanya kanak-kanak.

“Perkelahian lazimnya berlaku dalam adik-beradik walaupun dalam corak yang biasa seperti sekadar jeling-menjeling dan rasa tidak puas hati.

“Dalam proses perkembangan kanak-kanak, perkelahian adik-beradik adalah perkara normal. Persoalannya, mengapa mereka berkelahi? Kenapa coraknya berbeza? Semua itu bersebab dan setiap ibu bapa perlu tahu penyebabnya,” katanya.Nur Firdaus berkata, dua sebab utama berlakunya perkelahian adalah ‘nature’ (fitrah atau lumrah) iaitu bergantung kepada usia dan corak berfikir dan yang kedua adalah ‘nurture’ iaitu disebabkan persekitaran rumah, layanan ibu bapa dan pengaruh media.

NUR Firdaus.
“Perbezaan usia adalah faktor utama perkelahian antara anak. Manusia berfikir dengan cara berbeza pada usia berbeza.

“Cuba kita perhatikan corak perkelahian anak, nyata ia berbeza mengikut tahap umur mereka. Perkelahian antara seorang kanak-kanak dan bayi lazimnya berkait rapat dengan perebutan barang dan kawasan manakala perkelahian antara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak lain pula lazimnya berkait dengan hasil kerja dan ruang ketenangan,” katanya.

Menurutnya, bayi yang berusia bawah 12 bulan belum mengetahui mengenai banyak perkara dan mereka lebih suka sekiranya semuanya berada di depan mata.

“Disebabkan itu, sekiranya ia diambil, bayi di bawah usia 12 bulan akan terus menganggap permainan itu hilang manakala si abang yang berusia 25 bulan pula sedang sibuk dengan imaginasi yang tinggi.

“Apabila bermain, semua permainan hendak digunakannya. Si abang ingin menguasai semua permainan, si adik pula tidak mahu permainannya diambil dan ia menjadi punca perkelahian berlaku,” ujarnya.

Katanya, hakikatnya, si abang bukanlah sengaja bersikap begitu kerana usia sekitar 24 bulan adalah permulaan kepada daya imaginatif kanak-kanak.

“Ia membabitkan elemen pemikiran fantasi seperti animistik dan sebagainya. Corak pemikiran ini menyebabkan si abang menggunakan ruang yang besar untuk menterjemahkan imaginasinya.

“Dalam fikirannya, dia sedang membina sebuah lebuh raya. Diambilnya segala barang yang ada untuk dijadikan jalan, jambatan dan plaza tol manakala si adik pula semakin tertolak ke tepi, malah permainan yang ingin diguna pula diambil abang. Dek rasa tidak puas hati, tentulah akan berlaku perkelahian antara mereka,” ujarnya.

Nur Firdaus berkata, pandangan si adik dengan si abang akan sentiasa berbeza. Bayi masih terikat dengan egosentrik kerana mereka tidak mampu melihat daripada sudut pandang orang lain.

“Masing-masing ada imaginasi dan kefahaman tersendiri terhadap sesuatu. Bagi adik, semua permainan yang baru adalah miliknya. Si abang pula berpandangan semua yang dibeli oleh ayah adalah miliknya.

“Adakah mereka tidak boleh berfikir mengenai kesaksamaan, akhlak dan sebagainya? Kanak-kanak boleh mudah beralah dengan didikan ibu bapa. Namun, istilah beralah bukanlah atas dasar kesaksamaan dan sebagainya. Ia adalah berorientasikan konsep keadilan dan kesaksamaan,” katanya.

PERKELAHIAN antara kanak-kanak adalah perkara lumrah dan fitrah.
Faktor persekitaran

Menurut Nur Firdaus, perkelahian anak juga boleh berpunca daripada faktor persekitaran mereka membesar.

“Masalah ruang yang tidak mencukupi sering menyebabkan anak kecil berkelahi. Syukur, ramai ibu bapa yang mempunyai kesedaran tinggi pentingnya ruang untuk perkembangan anak dan menyediakan satu bilik khas atau ruang khas bagi segala aktiviti anak-anak.

“Ruang yang ‘tidak jelas’ sering menyebabkan anak kecil berkelahi sesama sendiri. Malah, sebahagian ibu bapa juga turut sama-sama berkelahi.

“Si adik datang ke meja ibu atau bapa namun dimarahi, dia pergi pula ke tempat si abang bermain dan kena marah lagi dan terus berkelahi. Ibu bapa yang mendengar terus datang dan marah. Penyudahnya di manakah anak-anak ini hendak bermain?” soalnya.

Namun, Nur Firdaus berkata, apa yang lebih penting adalah layanan ibu bapa itu sendiri.

“Kekurangan masa bersama yang berkualiti boleh menyebabkan hubungan antara anak-anak menjadi kurang mesra. Antara tugas ibu bapa adalah menjadi fasilitator kepada sosialisasi anak-anak. Si adik dan si abang juga si kakak perlu sentiasa dimesrakan.

“Selain itu, terdapat juga beberapa tindakan ibu bapa yang boleh menyebabkan anak-anak cenderung untuk berkelahi. Antaranya adalah sikap suka membandingkan anak, memberi layanan yang berbeza dan cenderung memenangkan sebelah pihak saja. Anak kecil di bawah usia dua tahun amat sensitif dalam bab layanan, lebih-lebih lagi apabila melihat seorang adik di depan mereka,” katanya.

Tambah Nur Firdaus, media juga banyak memberi kesan kepada corak perkelahian anak-anak. Menolak, menarik, menarik rambut, menjerkah dan menggigit adalah antara corak perkelahian yang normal.

“Namun jika mereka mula menumbuk, menendang, menyepak dan memaki dengan perkataan mencarut, ia sudah keluar daripada kebiasaan. Ia bukan dicetuskan secara semula jadi dan jelas mereka mempelajarinya. Jadi ibu bapa perlu segera masuk campur dan memperbetulkan keadaan ini supaya ia tidak diulang.

“Media elektronik hari ini termasuklah rancangan kartun sekalipun banyak menghidangkan unsur ganas dan lucah. Sebahagian bayi dan kanak-kanak kecil meluangkan banyak masa menonton kartun dan animasi, malah mereka mengamatinya dengan khusyuk.

“Mempertontonkan rancangan televisyen kepada bayi ibarat merakamkan sesuatu ke dalam minda mereka. Segala-galanya dirakam oleh bayi kerana otak mereka tiada penapis. Malah pada usia ini, mereka belum pandai menapis maklumat yang diterima daripada tontonan. Inilah sebabnya ibu bapa perlu memberikan anak-anak kecil menonton rancangan yang berkualiti dan bermanfaat untuk minda mereka,” ujarnya lagi.

Cara menghadapinya

Perkelahian antara anak kecil adalah perkara lumrah. Walaupun ia adalah antara cara anak anda saling memahami dan membesar, tetapi ia perlu ditangani dan dihadapi secara fitrah. Berikut adalah langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan perkelahian antara anak-anak kecil:

1. Banyakkan masa berkumpul sekeluarga yang berkualiti. Anak-anak perlu banyak merasai pengalaman makan, bermain dan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dalam suasana mesra. Benar, akan timbul pertelingkahan kecil dan anda sebagai ibu bapa boleh menjadikan ia sebagai cara untuk menggalakkan mereka meluahkan pandangan dengan baik.

2. Ibu bapa perlu berfungsi sebagai fasilitator dalam sosialisasi anak-anak. Sebagai contoh baringkan mereka bersebelahan, bercerita dan geletek.

3. Sediakan satu ruang khas untuk aktiviti mereka. Ia tidak semestinya besar, tetapi memadai untuk bergerak dan bermain-main.

4. Jangan membanding-bandingkan seorang anak di depan anak yang lain. Mereka boleh memahami maksud perkataan kita, cuma belum mampu bercakap. Jika anda memuji si abang atau kakak, puji juga kebaikan si adik.

5. Berikan layanan yang sama dan adil kepada semua anak. Mereka sensitif terhadap kualiti layanan yang diterima.

IBU bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini.
Nur Firdaus juga berkongsi langkah yang boleh dilakukan sekiranya si kecil anda berkelahi sesama sendiri:

1. Lihat dan fahami kenapa mereka berkelahi ketika itu. Jangan cepat menghukum atau menghentikan.

2. Situasi ‘menang-menang’ adalah yang terbaik, namun beri keutamaan kepada anak yang lebih tua. Anak ini sebenarnya lebih sensitif, lebih-lebih lagi selepas menyaksikan kedatangan ‘orang baru’ yang merampas takhta milik mereka selama ini.

3. Terangkan apa yang betul kepada anak-anak terutama yang terbabit dalam perkelahian. Mereka boleh memahaminya jika mendengarnya berulang kali.

4. Jika ia berkait dengan perebutan sesuatu, galakkan si abang atau si kakak berkongsi dan mendahulukan adiknya.

Sumber: utusanonline

Hati Hati Berhenti Di Belakang Lori Ketika Naik Motosikal Kalau Tak Mau Kejadian Seperti Ini Terjadi

Awas yer semua..video ini hanya salah satu kejadian yang sempat dirakam tanpa sengaja.

Lihat betapa kita tidak hanya perlu berhahati hati ketika berada di jalan raya.Malah kita juga perlu bijak dan pandai menjangka apa akan terjadi dalam situasi tertentu.Kadang kala kita begitu lalai sehingga mengundang padah.Dalam video ini menunjukkan bagaimana perkara malang boleh berlaku sekiranya kita berhenti terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan kita terutamanya kenderaan berat seperti lori ini.

Kenderaan berat seperti lori biasanya tidak mempunyai ruang penglihatan belakang yang baik kepada pemandunya kerana terlindung dengan badan kenderaan itu sendiri.Justeru ada ketikanya apabila mereka berundur ke belakang sebenarnya mereka tidak dapat melihat dengan jelas keadaan di belakang.Bagaimana dengan nasib wanita di belakang lori ini? Jom sama sama kita saksikan.Moga menjadi satu teladan buat kita.

Anda disarankan untuk menonton video ini sampai ke hujungnya supaya anda mendapat informasi yang lengkap sekaligus tidak menimbulkan salah faham nanti.Video di dalam web ini adalah untuk hiburan semata mata.Sila scroll ke bawah untuk melihat video penuh mengenai kisah ini.

Terima kasih kerana sudi menonton.

Sila tonton video:

Sumber : dharian/ ceritaviralhq via medialetops

Wanita Ini Sedang Bermain Dengan Anaknya Kat Rumah. CCTV Tidak Sengaja Rakamkan Saat Yang Tak Diduga, Menyeramkan!

Orang yang lemah semangat jangan tengok!!Seorang wanita sedang bermain dengan anak kat dalam rumah. Mereka tidak perasan ada sesuatu yang menakutkan akan berlaku.

Wanita itu tiba-tiba rasa cam tidak betul, lepas tu cepat berdiri dan larikan diri. Apa yang telah berlaku? Apa yang telah dia nampak dan perasan? CCTV tidak sengaja rakamkan saat yang mengerikan! Menakutkan banyak orang!

Banyak orang berpendapat kaum wanita ada “the six sense” di mana mereka dapat rasakan sesuatu yang tidak dapat dirasa oleh kaum lelaki.Perasaan keenam adalah istilah lain untuk persepsi luar biasa. Persepsi extrasensory (ESP) akan melibatkan penerimaan informasi yang tidak diperoleh melalui deria yang diakui dan bukan berasal dari dalam.Menurut Yayasan Sains Nasional, persepsi extrasensory disenaraikan sebagai pseudosains.

Wanita mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengesan nama jenama, kebohongan dan label, dan kemudian bercakap kepada anda atau tidak bercakap dengan anda dengan sewajarnya.Nenek moyang manusia mungkin telah berkomunikasi dengan rasa keenam, dengan mengesan isyarat kimia yang diberikan oleh satu sama lain. Mereka menerima isyarat ini melalui organ khusus di hidung, sisa-sisa yang masih wujud.

Sesetengah penyelidik berpendapat organ masih berfungsi dan mempengaruhi kelakuan kita; orang lain percaya ia sudah pupus.

Tapi lihat apa yang wanita ni buat. Dia tidak lihat belakang tapi sudah tahu ada sesuatu muncul kat belakang!! Jom saksikan video di bawah. CCTV tidak sengaja rakamkan saat yang mengerikan! Menakutkan banyak orang!

Sila tonton video penuh :

Sumber : dharian/ ceritaviralhq

[VIDEO] 8 Tahun Pasang Kamera CCTV, Hasilnya Menakutkan!

Dua orang jurugambar professional yang dikenali sebagai Adam LeWinter dan Jeff Orlowski. telah merakamkan gambar perubahan glasier di Kutub Utara dengan menggunakan teknik time-lapse menerusi lensa kamera mereka.

Kamera-kamera itu kemudiannya dibiarkan di sana selama tujuh tahun untuk tujuan dokumentari mengenai pemanasan global.

Di dalam filem dokumentari yang berjudul Chasing Ice ini, sebuah bongkah glasier yang besar telah dirakamkan runtuh secara tiba-tiba di hadapan mata mereka.

Filem dokumentari yang dikeluarkan pada tahun 2012 itu menceritakan, bagaimana dahsyat dan mengerikannya kesan dari runtuhnya glasier di Kutub Utara yang membuat Bumi menjadi semakin panas.

Semasa di Greenland Barat pada tahun 2008, mereka telah merakamkan saat-saat yang akhirnya menjadi sejarah besar tentang pemanasan global.

LeWinter dan Orlowski berhasil merakam apa yang dikatakan sebagai runtuhan glasier yang terbesar dalam sejarah yang pernah dijadikan filem.

Proses runtuhan glasier yang bernama Ilulissat Icefjord itu tidak berlaku di dalam sekelip mata, sebaliknya ia memakan masa hampir 75 minit lamanya. Ianya menjadi runtuhan glasier yang terbesar di dalam sejarah kerana pencairan glasier merangkumi sehingga 1.6 kilometer dari tepi laut.

Dengan isipadunya yang mencapai sehingga 7.4 kubik kilometer, ketebalan 910 meter dan puncak setinggi 120 dari paras laut, ianya memang merupakan sebuah glasier yang paling besar pernah dilihat mencair di hadapan mata mereka.

VIDEO :