Bayi baru lahir terperangkap dalam penakung najis selepas ibunya tidak menyedari beranak di dalam tandas.

Tanya mana-mana ibu yang mempunyai pengalaman melahirkan anak dan mereka pasti akan memberitahu anda prosesnya sangat menyakitkan. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku bagi wanita dari China ini yang tidak menyedari bahawa dia melahirkan anak.

Baru-baru ini, menurut Daily Mail, seorang ibu berusia 20 tahun telah melahirkan anak secara tidak sengaja di tandas sebuah stesen minyak.

“Dia fikir hanya mengalami sakit perut ketika pergi ke tandas,” kata pegawai Tian.

Wanita yang tidak sedar itu, kemudian meneruskan perjalanannya bersama keluarganya untuk menjalani pemeriksaan kehamilannya. Dia hanya menyedari telah melahirkan anaknya selepas doktor mengatakan kepadanya bahawa imbasan ultra-bunyi telah menunjukkan tanda-tanda kelahiran.

Syukurlah, tangisan bayi itu didengari daripada dalam penakung najis oleh kakitangan stesen minyak tersebut. 14 orang anggota bomba dihantar untuk menyelamatkan bayi yang baru lahir tersebut.

Bayi baru lahir terperangkap dalam penakung najis selepas ibunya tidak menyedari beranak di dalam tandas.

Mereka terpaksa memecahkan dinding luaran dan penutup penakung najis tersebut untuk menyelamatkan bayi itu. Sebelum itu, mereka terpaksa mengepam oksigen ke dalam tangki sebelum mereka menurunkan petugas ke dalam tangki tersebut.

Bayi baru lahir terperangkap dalam penakung najis selepas ibunya tidak menyedari beranak di dalam tandas.

Bayi baru lahir terperangkap dalam penakung najis selepas ibunya tidak menyedari beranak di dalam tandas.

“Nasib baik bayi itu terapung di dalam lubang tersebut dan bayi itu berjaya diselamatkan,” kata pegawai Tian.

Bayi baru lahir terperangkap dalam penakung najis selepas ibunya tidak menyedari beranak di dalam tandas.

Polis berjaya mengesan ibu bayi tersebut melalui rakaman CCTV di stesen minyak dan mengembalikan bayi tersebut kepada ibunya.

Pegawai Tian berkata bahawa dia adalah seorang ibu yang masih muda dan tidak mempunyai pengalaman melahirkan anak, jadi itulah sebabnya mengapa dia tidak menyedari bahawa dia telah melahirkan anaknya semasa di dalam tandas.

Kini, bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan berada di hospital bersama ibunya. Syukur!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *