Cara Unik Guru Di Ghana, Pengajaran Komputer Tanpa Komputer

ACCRA – Seorang guru di Ghana bernama Richard Appiah Akoto (33) menunjukkan komitmennya sebagai pendidik.

Di dalam keperluan yang terbatas, Richard masih berusaha untuk memaksimumkan pengetahuan kepada pelajar- pelajarnya.

Di papan hitam dengan menggunakan kapur berwarna, Richard melukiskan skrin komputer dengan pandangan Microsoft Word yang penuh dengan semua simbol dan ikon.

Di belakang Richard, para pelajar dengan tekun meniru gambar itu untuk dimuatkan dalam buku nota mereka.

Richard, adalah guru komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) di Sekolah Tinggi Betanese di bandar Sekyedomase, iaitu 2.5 jam memandu dari Kumasi, bandar kedua terbesar di Ghana.

Sekolah ini tidak mempunyai komputer walaupun sejak tahun 2011, pelajar dikehendaki lulus ujian nasional dengan ICT sebagai salah satu pelajaran yang diuji.

“Ia bukan kali pertama saya melukis, saya telah melakukannya di kelas berkali-kali dan saya fikir saya akan berkongsi di Facebook, saya tidak fikir ia satu kebimbangan,” kata Richard, yang telah mengajar di sekolah selama enam tahun.

Dalam media sosial, Richar menggunakan nama Owura Kwadwo Hottish yang kemudian menjadi tular di Facebook dan Twitter.

Gambarnya semasa pengajaran menggambarkan ironi kehidupan di Afrika serta sumber inspirasi untuk sesama orang Afrika.

Gambar yang dikongsi Richard semakin semakin mendapat perhatian selepas pelawak Ghana yang terkenal berkongsi gambar itu untuk 14,000 pengikutnya.

Gambar ini juga menimbulkan kebimbangan dan menjadi perhatian seorang usahawan teknologi dari Cameroon Rebecca Enonchong.

Enonchong kemudian berjanji untuk membantu Richard.

Richard berkata sekolah yang diajar memerlukan sekurang-kurangnya 50 komputer untuk keperluan para pelajarnya.-SuaraTV

Sumber: The Independent, Quartz,TAG:komputerGhana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *