Tun M potong gaji menteri 10%, SPAD, JASA dan lain-lain dibubar demi bantu jimat perbelajaan negara

PERDANA MENTERI, TUN MAHATHIR MOHAMAD HARI INI TELAH MENGUMUMKAN UNTUK MEMOTONG GAJI BARISAN MENTERI SEBANYAK 10% SEBAGAI LANGKAH UNTUK MENGURANGKAN PEMBELANJAAN NEGARA.

Menurut Tun M, potongan ini berdasarkan kepada gaji asas menteri setelah mendapat persetujuan bersama dengan barisan kabinet barunya itu.

Walau bagaimanapun, pemotongan ini tidak melibatkan pegawai kanan kerajaan seperti Ketua Setiausaha Negara, namun digalakkan untuk berbuat demikian secara sukarela.

Sebagai langkah tambahan, Tun M turut mengambil keputusan untuk membubarkan beberapa buah agensi dan jawatankuasa kerajaan, antara yang terlibat adalah seperti berikut:

Majlis Profesor Negara (MPN)
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKK)
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU)
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“KEBANYAKAN INSTITUSI INI SEBENARNYA BUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA KERAJAAN, YANG SEPATUTNYA MEMBERI  NASIHAT KEPADA KERAJAAN. SEMUA PERKARA INI AKAN DIBUBARKAN.

“KITA TIDAK MEMERLUKAN KEPINTARAN MEREKA, SAYA  FIKIR KITA PUN ADA KEPINTARAN,” KATANYA SEMASA SIDANG AKHBAR MESYUARAT PERTAMA KABINET  DI BANGUNAN PERDANA PUTRA, PUTRAJAYA, HARI INI.

Dalam kes JKKKP yang dilantik oleh kerajaan persekutuan, perdana menteri berkata jawatankuasa berkenaan menjadi terlalu berunsur politk sedangkan peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai kerajaan lain.

“KITA DAPATI GAJI DIBAYAR KEPADA JKKKP YANG SEOLAH-OLAH TELAH MENJADI KERAJAAN TAMBAHAN DI NEGERI-NEGERI, IA BANYAK BERUNSUR POLITIK DAN BUKAN PENTADBIRAN.

“SEBALIKNYA KITA ADA PEGAWAI KERAJAAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS ITU DAN KITA TIDAK AKAN GANTI BAYARAN KEPADA JKKP KERANA KITA TIDAK INGIN AMALKAN POLITIK SEPERTI KERAJAAN TERDAHULU,” KATANYA.

Begitu juga, katanya, MPN yang peranannya untuk menyediakan maklumat akademik kepada kerajaan beralih menjadi badan politik yang digunakan untuk menyokong kerajaan BN.

“Pada mulanya, MPN satu badan yang kita guna untuk dapat maklumat daripada orang yang ada pengetahuan tinggi tetapi akhir-akhir ini banyak unsur politik sehingga mereka dipergunakan untuk mendokong kerajaan.

111

“Sebab itu kita tidak mahu ulang amalan-amalan tidak baik yang dibuat kerajaan terdahulu,” katanya.

Mengenai SPAD, Mahathir berkata, peranannya akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Kerajaan juga, menurut beliau, akan mengkaji membubarkan agensi penasihat lain yang dibentuk di bawah kerajaan BN sebelum ini.

Beliau berkata keputusan memansuhkan agensi dan insitusi terbabit dibincangkan

dalam mesyuarat Kabinet tersebut yang memberi tumpuan kepada hutang negara yang mencecah RM1 trilion,

dengan mengurangkan perbelanjaan dalam bajet kerajaan terdahulu.

“KITA SUDAH KENAL PASTI BANYAK PERBELANJAAN DALAM BAJET YANG LAMA, PROJEK YANG LAMA YANG BOLEH KITA KURANGKAN, JUMLAHNYA BERBILION JUGA TETAPI TIDAK DAPAT BERI SECARA TERPERINCI.

“SEBANYAK MANA YANG KITA DAPAT KURANGKAN PERBELANJAAN KERAJAAN, SUDAH TENTU ADA PROJEK YANG MUNGKIN GUGUR ADA YANG MUNGKIN KITA HENTIKAN ADA JUGA MUNGKIN KITA ADAKAN RUNDINGAN SEMULA UNTUK KURANGKAN KOS SETAKAT KITA MAMPU BAYAR SAHAJA,” KATANYA.

Perdana menteri berkata, proses penamatan penjawat awam lantikan kontrak yang berkaitan

politik akan diteruskan namun kerajaan akan mengambil kira golongan yang berpendapatan rendah.

Mengenai perkara berasingan, Mahathir berkata kerajaan juga akan mengkaji semula

projek yang dimulakan semasa pentadbiran beka perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ini termasuk projek projek Projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL),

Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan Lebuhraya Pan Borneo.

“Kita sedang mengkaji mana satu kita batalkan, mana satu diteruskan, mana satu saya akan tangguhkan sehingga satu tarikh yang akan datang.”

Sumber : https://theklasik.com/berita/tun-m-potong-gaji-menteri-10-spad-jasa-dan-lain-lain-dibubar-demi-bantu-jimat-perbelajaan-negara/

SELAIN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN KEPADA PEMINJAM YANG GAJI KURANG DARI RM4000, RUPANYA, BANYAK LAGI BERITA GEMBIRA YANG BUATKAN SEMUA BERTEPUK TANGAN.

PUTRAJAYA – Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih tidak memperoleh gaji RM4,000 sebulan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.

Demikian kata Menteri Pendidikan baharu, Dr. Maszlee Malik sambil menegaskan, langkah itu berkuat kuasa serta-merta sebagai menunaikan janji pilihan raya yang dibuat Pakatan Harapan (PH) dalam masa 100 hari selepas menang pilihan raya.

“Di peringkat pengajian tinggi, kita akan memberikan tumpuan sebab kita janji dalam 100 hari untuk meletakkan syarat kepada pembayar PTPTN iaitu mereka yang belum mencapai gaji RM4,000 mereka tak perlu membayar.

“Cuma kita perlu berhubung dengan pihak imigresen untuk menarik sekatan perjalanan mereka. Itu antara janji yang perlu kita tunaikan dan jadi keutamaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah-Terima Tugas bekas Menteri Pendidikan Tinggi kepada beliau di sini hari ini.

Manifesto PRU-14 PH tidak menawarkan pemansuhan hutang PTPTN  seperti mana yang dijanjikan pada PRU-13 sebaliknya, manifesto PH tetap meneruskan PTPTN  tetapi tempoh bayaran balik kepada peminjam dilanjutkan sehingga mereka mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM4,000 sebulan.

Ditanya sekiranya gaji peminjam PTPTN mencecah RM4,000 dalam masa beberapa tahun akan datang, beliau berkata, mereka dialu-alukan membuat bayaran sebagai tanda tanggungjawab.

“Tidak perlu bukan tak payah, kalau mereka nak bayar lagi bagus (gaji lebih RM4,000).  Kita ingin wujudkan dalam kalangan warga Malaysia sikap bertanggungjawab.

“Bila gaji mereka sampai RM4,000 atau tak sampai mereka nak bayar pun dialu-alukan. Itulah sikap yang sepatutnya ada,” katanya.

Katanya lagi, penangguhan bayaran itu dibuat dengan mengambil kita keadaan ekonomi semasa dan tekanan rakyat terhadap kos sara hidup meningkat.

“Memandangkan keadaan ekonomi yang teruk pada hari ini, maka kita letakkan RM4,000 itu supaya bila mereka sampai tahap itu, mereka boleh membuat pembayaran,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Sumber;MALAYSIAGAZETTE

Penangguhan bayaran PTPTN diutamakan

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan akan mengutamakan penangguhan pembayaran wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan yang berpendapatan bawah RM4,000.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata ini kerana perkara itu adalah antara 10 janji yang perlu ditunaikan dalam 100 hari.

Tambah beliau, Pakatan Harapan (PH) tidak menyatakan pemansuhan PTPTN sebaliknya memberi pelepasan pembayaran hanya bagi mereka yang berpendapatan bawah RM4,000.

“Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Imigresen mengenai sekatan perjalanan bagi peminjam yang disenarai hitamkan ke luar negara, ” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas di Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Idris Jusoh menyerahkan nota serah tugas kepada Dr Maszlee.

Sumber: bharian.com.my