Suku Paling Berbahaya di Hutan Amazon Kerana Hidup Tanpa Pakaian

Tiada restoran makanan segera atau kedai runcit di hutan hujan di timur Ecuador, mereka akan keluar mencari makanan dengan menyumpit dan menembak monyet.

Inilah Huaorani, suku yang tinggal di pedalaman hutan Amazon. Mereka hidup tanpa pakaian, bergantung pada alam dan paling ditakuti di Amazon!

Amazon, hutan tropika seluas 7 juta km persegi dan membentang di 9 negara Amerika Selatan masih menyimpan banyak tanda tanya. Seperti soal kehidupan di sana, terutama suku-suku yang hidup di pedalaman hutannya dan sulit untuk ditemui.

Suku Paling Berbahaya di Hutan Amazon Kerana Hidup Tanpa PakaianSuku Huaorani telah menetap di hutan Amazon seribu tahun silam. Mereka tidak pernah keluar dari hutannya dan menolak datangnya orang-orang asing. Mereka mengisolasikan diri, bahkan tidak memakai pakaian sama sekali.

Mereka membunuh haiwan dengan menggunakan panah beracun yang ditembak dengan menggunakan sumpit.

Terdapat kurang daripada 4,000 orang dalam suku Huaorani hidup bersama dengan tumbuh-tumbuhan liar di dalam hutan tebal dan daging monyet merupakan makanan utama dalam diet mereka termasuk babi hutan.

4,000 orang dalam suku ini dibahagikan mengikut jantina di mana lelaki berperanan keluar memburu mencari makanan manakala wanita membesarkan anak-anak di rumah.

Suku Paling Berbahaya di Hutan Amazon Kerana Hidup Tanpa Pakaian

Dari catatan sejarah, suku Huaorani dikatakan pantang menyerah kalah. Mereka begitu faham selok-belok hutan Amazon. Ditambah, dengan senjata utamanya adalah sumpit beracun sepanjang 2 meter.

Anak sumpitnya, diberi racun curare. Racun ini biasa diperoleh dari spesies tanaman Chondodendron tomentosum dan Strychnos toxifera.

Biasanya, mereka menggunakan racun tersebut untuk berburu haiwan. Ketika buruannya kena, maka otot-otot haiwan akan lemah seperti lumpuh. Tapi kalau sasarannya mereka adalah manusia, itu lain ceritanya.

 

Pemerintah Ekuador akhirnya membuka mata untuk memingkatkan taraf hidup suku Huaorani. Salah satunya adalah Tropic Eco, yang mendirikan sektor pelancongan bernama Huaorani Eco Lodge dan menjual pakej pelancongan untuk tinggal bersama suku Huaorani.

Ada dua pakej yang dijual, iaitu 4 hari 3 malam dan 5 hari 4 malam yang masing-masing berharga USD 1,095 dan USD 1,359. Jadi berminat atau tidak untuk bertemu dengan suku paling berbahaya di hutan Amazon ini?

Suku Paling Berbahaya di Hutan Amazon Kerana Hidup Tanpa PakaianSuku Paling Berbahaya di Hutan Amazon Kerana Hidup Tanpa Pakaian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *